Monday, 23 July 2012

Makanan Tradisional Orang India


Resepi Idli (Kuih beras kukus)
Bahan-bahan:
300 gm beras
250 gms kacang dal hitam
2 sudu makan nasi
Secubit garam
                                 

Cara penyediaan:
1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.
2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.
3. Satukan beras dan kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar.

                           
  Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Makanan Tradisional Orang Cina


 Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
 
 
 Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

Makanan Tradisional Orang Melayu


 Ketupat merupakan makanan tradisional masyarakat melayu dan biasanya dihidangkan pada hari perayaan. Ketupat dibungkus daripada anyaman daun kelapa yang muda.

 Penyediaan untuk membuat ketupat sangat ringkas tapi memerlukan kemahiran tertentu untuk menganyam kelongsong daun ketupat tersebut. Kebiasaannya, ketupat dihidangkan bersama kuah kacang atau sambal lodeh pada hari raya.


 Ketupat mempunyai makna yang tersirat, seperti daun kelapa muda kuning yang dianyam adalah lambang penolak bala dan bentuk empat penjuru ketupat tersebut adalah tanda menuju satu kiblat. Beras yang menjadi isi ketupat membawa maksud agar kita dilimpahi kemakmuran manakala santan untuk merebus ketupat tersebut membawa maksud kemaafan zahir dan batin.



 Ketupat juga mempunyai makna lain yang tersendiri seperti mencerminkan kesalahan manusia melalui rumitnya anyaman ketupat. Selain itu, menunjukkan kebersihan dan kesucian hati seterlah memohon keampunan dan juga melambangkan kesempurnaan. Semua itu dihubungkan kemenangan umat Muslim setelah sebulan berpuasa selama sebulan dan akhirnya menyambut hari raya aidilfitri.